KATA KUNCI:
1)DATARAN: Kawasan tanah pamah yang luas dan rata atau beralun.
2)LEMBANGAN:Kawasan luas yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya
3)PINGGIR LAUT:Tepi pantai
4)TANAH PAMAH:kawasan tanah yang kurang daripada 180 meter tingginya dan rata.
5)TANAH TINGGI:kawasan yang melebihi 180 meter dari aras laut
BANJARAN
BANJARAN TITIWANGSA
Banjaran Titiwangsa menganjur dari selatan Thailand hingga ke Gunung Ledang di Johor. Banjaran bermaksud deretan gunung dan bukit, yang menjadi tulang belakang sesebuah kawasan.
Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia. Ia sebenarnya menganjur dari Banjaran Himalaya dan puncak tertingginya ialah Gunung Everest.
Banjaran ini menjadi legeh bagi sungai-sungai utama di semenanjung Malaysia. Di sini terdapat tiga buah pusat peranginan iaitu Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser. Kemuncak tertinggi di banjaran ini ialah Gunung Korbu.
Di sini juga di jalankan penanaman tanaman hawa sederhana seperti teh, bunga-bungaan dan sayur-sayuran. Pola saliran atau cara cawangan-cawangan sungai dicantumkan dengan sungai utama ialah pola saliran reranting. Panjang banjaran ini kira-kira 500km manakala tingginya 900 meter hingga 2,100 meter dari aras laut.
Banjaran yang terpanjang di Malaysia ini menganjur dari sempadan Thailand ke Negeri Sembilan ke Johor.
BANJARAN BINTANG
Bintang Mountains (Banjaran Bintang in Malay) is a mountain range part of the Tenasserim Hills located within the state of Perak, Malaysia. It runs from southern Thailand in the north to the general south of Perak. Titiwangsa Mountains stands to the east of the range. Several of the more prominent peaks that are part of the range are Bukit Bokbak (1199 m), Gunung Bintang (1882 m), Gunung Inas (1801 m) and Gunung Ulu Jernih (1577 m).
BANJARAN TAHAN
GUNUNG Tahan dengan ketinggian (2187 meter)[1] , merupakan puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan terletak diTaman Negara dalam negeri Pahang. Gunung Tahan bagaimanapun adalah rendah daripada Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
BANJARAN CROCKER
Banjaran Crocker adalah banjaran gunung di pulau Borneo. Ia terletak dalam negeri Sabah, Malaysia. Gunung Kinabalu, gunung tertinggi Borneo terletak di banjaran ini
BANJARAN TAMA ABU
Gunung Tama Abu yang terletak di Banjaran Tama Abu, Sarawak mempunyai ketinggian setinggi 2,113 meter (6,930 kaki).
Gunung Tama Abu mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.
SISTEM GUNUNG LIPAT MUDA
Banjaran gunung negara kita adalah sebahagian daripada sistem Banjaran Gunung Asia , iaitu bermula dari Pusaran Pamir di utara India . Banjaran gunung negara kita menganjur dari Dataran Tinggi Yunnan di negara China dan menganjur ke selatan merentasi Thailand dan kemudian ke Semenanjung Malaysia lalu membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran-banjaran lain . Umumnya , banjaran-banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat .
Gunung lipat muda
|
Gunung lipat tua
|
Ø Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu.
|
Ø Terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu .
|
Ø Tinggi , kasap , dan tidak stabil .
|
Ø Kawasan yang stabil .
|
Ø Masih mengalami letusan gunung berapi dan gempa bumi .
|
Ø Proses penggondolan yang giat menyebabkan gunung menjadi lebih rendah dan gondol
|
Ø Contoh : Banjaran Rocky , Banjaran Andes , dan Banjaran Himalaya .
|
Ø Contoh : Banjaran Appalachian , Banjaran Ural , Banjaran Ttiwangsa .
|
kepentingan kawasan tanah pamah dan dataran di malaysia
Tanah Pamah
Kawasan tanah pamah di negara kita terdiri daripada lembangan sungai , delta , dan dataran pantai . Lembangan sungai adalah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai serta cawangan-cawangannya . Kawasan tanah pamah adalah kawasan yang kurang daripada 180 meter tingginya di lembah sungai yang disempadani oleh kawasan tanah tinggi . Dataran adalah kawasan rendah yang lebih luas , biasanya rata, dan kurang daripada 15 meter . Kesimpulannya , dataran adalah sempit karana banjaran gunung manganjur berhampiran dengan pantai . Kawasan tanah pamah dan dataran yang ditimbuni dengan tanih aluvium yang subur sesuai untuk kegiatan pertanian .
Pinggir Laut
Negara kita mempunyai kawasan pinggir laut yang indah dan menarik . Panjang pinggir laut di Malaysia ialah kira-kira 4800 kilometer . Kawasan pinggir laut di negara kita tidak lurus tetapi panjang dan mempunyai pelbagai bentuk muka bumi seperti tebing tinggi , pulau , pentas benua , pantai , tanjung , dan teluk . Semua negeri di negara kita mempunyai kawasan pinggir laut , keculai Wilayah Persekutuan Kualu Lumpur .
Pola Saliran
Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya . Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai . Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu sama lain dikenal sebagai pola saliran . Terdapat beberapa pola saliran , iaitu pola jejala , jejari , gegelang , selari , setumpu , dan reranting .
Pola saliran reranting
- Berbentuk seperti ranting pokok
- Cawangan-cawangan sungai bercantam dengan sungai utama paa sudut kurang dari sudut tepat
- Terdapat kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan
- Contoh: Sungai Pahang , Sungai Kelantan
pola saliran jejala
- Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli
- Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut
- Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat
- Contoh: Sungai Perak
pola saliran selari
- Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain
- Terdapat di cerun ceram
- Contoh: Sungai Kinabatang
pola saliran gegelang
- Cawangan-cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bersantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah
- Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai
- Berbentuk seperti jejari roda
- Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung
- Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah
www.geografi1anggeri.blogspot.com
No comments:
Post a Comment